Pages

Tuesday, July 26, 2011

Ditindih ketika tidur?

Assalamualaikum,
Pernah atau tak, tidur kalian terganggu kesan langsung dari 'sesuatu' halusinasi atau ghaib atau hantu yang menindih badan? Eh?
Jeznick's blog
Aku bercerita sebab pernah mengalaminya. Kebanyakan orang pernah alami dan kalau diikut dari segi sains dan perubatan ia dipanggil sebagai 'Sleep Paralysis'. Sekurang-kurangnya berlaku 2 kali dalam hidup. Biasanya seseorang yang tidur dalam keadaan terlentang, lebih mudah mengalami. Masalahnya, aku mengalami sudah lebih dari 3 kali. Heh, itulah masalahnya di sini. 

Sleep paralysis yang bermaksud seseorang seperti dalam keadaan separuh sedar seakan terperangkap dalam tidur itu sendiri dek sesuatu beban yang menghimpit kudratnya dari terjaga ke alam nyata. Ini setakat apa yang aku faham. Allah s.w.t. menjadikan manusia itu terdiri daripada tiga unsur utama, iaitu jasad, roh dan akal. Dalam situasi ini, jasad berada di pembaringan tatkala roh seakan terperangkap dalam tidur, manakala akal sedaya upaya memproses tindakan lanjut.

Mentaliti masyarakat kerap mengatakan ia adalah salah satu bentuk gangguan dari makhluk halus. Aku tak boleh sangkal kenyataan itu sebab ia pernah terjadi pada diri aku sendiri buat pertama kali beberapa tahun lalu. Aku pernah terlihat makhluk yang hitam di atas pembaringan aku dan aku seperti mahu sesak nafas sekejap. Stop. Ah, ngeri dan kurang minat untuk dibincangkan. Moga kita dalam lindungan rahmat-Nya. 

Heh, untuk kedua, ketiga, keempat...kalinya, aku mengalami situasi itu lagi. Tapi, dalam bentuk berlainan dari kejadian kali pertama. Sedar dalam tak sedar, tiada makhluk halus atau tiada objek yang menghimpit aku. Aku seolah-olah sedang berhalusinasi atau berillusi? Tidur dalam tidur dan terperangkap. Susahnya fizikal mahu bergerak.

Terjaga, terus aku tidak ambil pusing dan diamkan saja, tak tergerak untuk mencari jawapan sampai saat ini. 'Setiap yang berlaku ada puncanya, kan?'. Ayat yang berbentuk soalan itu tiba-tiba menerjah kepala otak. Sengaja suruh aku cari jawapan untuk merungkai misteri ini konon nya. Padahal tak ada lah misteri sangat pun.

Pada entry lepas, aku ada post tentang 'kenapa kelopak mata berdenyut?'. Hampir sebulan. Ianya adalah stress. Ya, sleep paralysis boleh dikategori dalam kumpulan stress. Ia terjadi, kemungkinan seseorang kekurangan tidur atau tidak mempunyai tidur yang berkualiti, tidak cukup rehat dan sebagainya yang berkaitan dengan tahap kesihatan individu.

Walaupun aku adalah seorang yang suka menjerit di rumah, Alhamdulillah bukan jeritan yang aku lontarkan dalam keadaan itu. Aku masih bisa melafazkan ta'awuz dan ayat kursi secara automatiknya. Terjaga dari semua kejadian itu, aku perasan mulut terkumat-kamit mohon lindungan dari-Nya. Barangkali berlaku tindak balas akal pada otak seperti aku sebut dalam perenggan atas. 

Konklusinya, semua sudah sedia maklum iaitu amalkan membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran sebelum tidur yang diajar oleh Nabi kita. Tak lupa juga, seharusnya kita perlu ambil berat tahap kesihatan kita. Oh, rupanya aku keletihan kali, sebab itu lah.

Jika ada kesilapan sila dimaklumkan. Sila kongsi info anda di sini. Trimas :)

~Contengan khas untuk anda. May Allah bless~

27 contengan:

alien said...

tu lah, ajak senam2 tanak..
kan dah penat ta le gerak

nasyrun said...

aku selalu kena. takdela ada lembaga hitam hempap tapi mmg takleh nak gerak, tak boleh nak bercakap, rasa macam sedar tapi macam mimpi

fa-in said...

@alien
mana ada, ko g sorang2 kok.
penat o duk umah je..

fa-in said...

@nasyrun
sama lah. cuma 1st time je kena dgn lembaga. selalu penat la tu kut.

nasyrun said...

oh, ada kena mengena dgn penat ek

fa-in said...

@nasyrun
ye dong, berkaitan dgn kesihatan individu juge.

nasyrun said...

so selalu kena hempap berkait dengan kesihatan fizikal yang merosot la ye

fa-in said...

@nasyrun
yeh, selalunya berkaitan dgn pola tidur yg tak teratur atau faktor keletihan camtu.

nasyrun said...

ok. baeklah doc hehe

♥cik shaf♥ said...

oh ko pon kene ea far..
ak blom penah kene lagi..alhamdulillah..mayb sbb ak bkn jenis tido statik kot..hehe =p

fa-in said...

@nasyrun
aku ada bakat utk jd doc kan. heh.

fa-in said...

@♥cik shaf♥
ohh ko tak pernah kena lagi, alhamdulillah.
ha'a, agak menyeramkan..tp hr tu tido mengereng pun kena jugak.
dia tak lama kena, belum smpat terlelap tetiba boleh jd tp sekejap.
hehe pnjang pulak bebel. :P

visitme@FaTiN cOrNeR said...

weiii..aku selalu alami menda nie tau..huhu..mencik!!hehe..

nasyrun said...

doc, ya sangat [sambil menarik2 rambut sendiri apabila kau tidak melihat]

fa-in said...

@visitme@FaTiN cOrNeR
serius,wahh..
hati2 jgn biarkan hidup anda diselebungi sleep paralysis haha..

fa-in said...

@nasyrun
ni doc bg ubat gugur rambut. [ternampak rambut kau botak sikit]

nasyrun said...

eh rambut saya sihat lagi la doc [sambil betulkan rambut palsu yg senget]

fa-in said...

@nasyrun
nah shampoo anti dandruff [melihat kau tidak keruan dgn rambut]

hehe.

nasyrun said...

adakah itu syampu clean n clear yang digunakan oleh cristiano ronaldo?

fa-in said...

@nasyrun
ye kalu kamu nak. automatik rambut jd kacak macam dia.

nasyrun said...

tapi rambut jelah kan yg kacak. dah tau sangat hahhaha

fa-in said...

@nasyrun
kan,kebenaran itu pahit jugak. hahaa

nasyrun said...

taklah pahit sangat. payau je hehe

fa-in said...

@nasyrun
boleh la. diorang kira adik beradik.

nasyrun said...

yeah!

♥cik shaf♥ said...

huu..aku rase almost sume girl penah kot kene..tapi alhamdulillah aku x pernah n x nak! huhu..prob ak skrg cume lambat nak lelap mata je..anyway, jgn bnyk bekerja sgt smpai letih2 ye..huhu

fa-in said...

@♥cik shaf♥
err...
boy pun tak terkecuali, biasanya berlaku pd individu yg kurang prihatin pd kesihatan.
tak ada apa lah, jgn risau huhu..
rajin jaga kesihatan inshaAllah tak kena.
mungkin aku penat sbb letih berjalan/online hehe, tak ada kerja sgt nak buat cuti2 ni kan.
sama lah kita, aku sedang cuba tidur awal utk dpt kan tidur berkualiti :)

Designed by fa-in © cahayafarihin.blogspot.com